jump to navigation

Ramadhan Datang Lagi August 1, 2011

Posted by abulutfi in Uncategorized.
1 comment so far

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Berbahagialah mereka yang menunggu-nunggu kehadirannya kerana Allah tidak akan menyiksa hamba-hambaNya yang ditiliknya dengan pandangan rahmat tatkala munculnya Ramadhan.

Kuliyyah Muhammad Qutb Siri 7 May 3, 2009

Posted by abulutfi in Uncategorized.
add a comment

Buku: Salah Faham Terhadap Islam

Bab: Islam dan Perhambaan (bahagian akhir)

Pada dasarnya Islam tidak menyetujui perhambaan sesama manusia. Pelbagai cara ditampilkan Islam bagi menghapuskan perhambaan manusia. Misalnya, membenarkan pembebasan hamba abdi dengan bermacam-macam kaedah. Walau bagaimanapun, terdapat keadaan-keadaan tertentu, misalnya dalam peperangan (darurat), perhambaan dibenarkan semata-mata untuk membalas tindakan musuh dan ia berakhir apabila keadaan sudah tidak memerlukan tentera Islam mengambil tawanan perang.

Pembebasan hamba sebagaimana yang digalakkan dalam Islam tidak sama seperti yang berlaku di Eropah sebelum Revolusi Pernacis pada abad ke-18. Penulis-penulis Eropah sendiri telah mengakui bahawa pembebasan yang dilakukan di sana semata-mata kerana tekanan ekonomi. Misalnya, perbelanjaan menyara hamba-hamba mereka melebihi pendapatan yang dihasilkan oleh hamba tersebut. Bahkan, ia juga didorong oleh siri-siri pemberontakan yang menuntut agar perhambaan dihapuskan. Ia tidak didorong oleh sifat peri kemanusiaan.

hamba-abdi1

Bahkan sejarah dunia memperlihatkan kepada kita betapa slogan-slogan pemansuhan perhambaan hanya retorik semata-mata kerana apabila perhambaan dihapuskan di Eropah, ia dilakukan pula ke atas masyarakat Afrika (Algeria) dan Asia setelah Perancis, Portugis, Belanda dan negara Eropah yang lain menjalankan misi penjajahan mereka. Di Amerika sendiri, rakyat kulit hitam didiskriminasi dan dipandang hina sehinggalah abad ke-20.

hamba-sex2Dalam Islam, hamba-hamba perempuan hasil tawanan perang dihalalkan untuk disetubuhi oleh tuan mereka sahaja dan jika ia berkehendakkan boleh dinikahi. Mereka dilayan dengan penuh kehormatan. Ini berlainan dengan kaedah yang dilakukan oleh tentera Amerika ketika memasuki negara-negara Asia. Mereka memperlakukan wanita-wanita tempatan seperti pelacur dengan penuh kehinaan. Bahkan, Barat meletakkan pelacuran sebagai satu keperluan dalam masyarakat.