jump to navigation

Kuliyyah Ramadan Al-Buti Siri 8 June 25, 2010

Posted by abulutfi in Kuliyyah Ramadan Al-Buti.
add a comment

Buku: Fiqh Al-Sirah 1

Bab: Berkhulwah di Gua Hira’

Menjelang usia Nabi s.a.w. 40 tahun, beliau amat gemar berkhulwah atau bersendiri untuk mencari ketenangan jiwa di Gua Hira’. Pada kebiasaannya baginda akan berkhulwah selama beberapa hari , malah kadangkala sehingga lebih┬ásatu bulan. Amalan Nabi ini berterusan sehinggalah baginda dikurniakan wahyu yang pertama dari Allah s.w.t.

Jalan yang diambil oleh Nabi s.a.w. ini ternyata merupakan kaedah terbaik bagi seseorang untuk menyucikan jiwa dan menjauhkan diri dari kemaksiatan. Selain itu, mengasingkan diri dari kerosakan akhlak masyarakat dan kesibukan kerja dapat memberi peluang kepada diri memuhasabah (hisab diri). Ia juga mamnpu mendekatkan diri kita kepada pencipta.

Menurut Dr. Said Ramadan al-Buti, tidak ada jalan yang lebih baik untuk mencintai Allah s.w.t. melainkan dengan merenung keagungan-Nya dan bertafakur dengan segala nikmat yang dikurniakan-Nya serta memperbanyakkan mengingati-Nya (zikir).

Imam Al-Sathibi di dalam kitab Al-Mumabikhat menulis: “Ketakutan adalah cemeti kepada gembala, harapan adalah parasakti kepada penganjur, kasih sayang adalah arus kepada pelayar. Si penakut ketika melakukan pekerjaan yang berat dan susah, tidak menghiraukan kesusahan dan kepayahan, seterusnya membawa ia bersabar terhadap sebarang dugaan. Manusia yang berharap tidak akan menghiraukan susah-payah. Harapannya itu membawa ia meneroka segala kepahitan dan menanggung segala kepayahan. Si pencinta pula melipat gandakan usaha dan tenaganya serta mengorbankan segala apa yang terdapat demi untuk sampai kepada orang yang dicintainya.”