jump to navigation

Salahkah Bersolat Dhuha di Pejabat? May 28, 2009

Posted by abulutfi in Tinta Editor.
add a comment

“Salahkah bersolat dhuha di Pejabat?”, rungut seorang teman sepejabat saya. Ada yang membawa hujah tidak boleh melakukan perkara sunat seperti solat dhuha sedangkan bekerja makan gaji adalah suatu perkara wajib dan setiap saat akan dipertanggungjawabkan di akhirat. Menurut mereka ini, ibadat wajib patut diutamakan berbanding ibadat sunat. Jika diabaikan ibadat wajib ini, maka wang yan dibawa ke rumah tidak berkat. Benarkah begitu?

Memang benar ibadat wajib perlu diutamakan berbanding ibadat sunat. Namun, pernahkah terfikir bahawa dalam seharian bekerja, berapa minit dihabiskan dengan bersembang, membaca surat khabar, makan di pantri pejabat dan sebagainya? Alasan melakukan semua pekerjaan santai ini tidak lain untuk ‘take 5’ selepas penat bekerja. Tak bolehkah ‘take 5’ untuk melakukan ibadat sunat?

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang mafhumnya bermaksud solat dhuha itu lebih baik dari dunia dan isinya. Adakah memulakan tugas di pejabat dengan menggunakan 5 minit pertama bersolat dhuha dianggap tidak wajar? Keberkatan solat dhuha itu mungkin memberi impak besar terhadap prestasi kerja dan organisasi. Tidakkah hal ini diambil kira? Atau kita sudah tidak yakin kepada ‘kuasa berkat’?

Advertisements

Kuliyyah Muhammad Qutb Siri 7 May 3, 2009

Posted by abulutfi in Uncategorized.
add a comment

Buku: Salah Faham Terhadap Islam

Bab: Islam dan Perhambaan (bahagian akhir)

Pada dasarnya Islam tidak menyetujui perhambaan sesama manusia. Pelbagai cara ditampilkan Islam bagi menghapuskan perhambaan manusia. Misalnya, membenarkan pembebasan hamba abdi dengan bermacam-macam kaedah. Walau bagaimanapun, terdapat keadaan-keadaan tertentu, misalnya dalam peperangan (darurat), perhambaan dibenarkan semata-mata untuk membalas tindakan musuh dan ia berakhir apabila keadaan sudah tidak memerlukan tentera Islam mengambil tawanan perang.

Pembebasan hamba sebagaimana yang digalakkan dalam Islam tidak sama seperti yang berlaku di Eropah sebelum Revolusi Pernacis pada abad ke-18. Penulis-penulis Eropah sendiri telah mengakui bahawa pembebasan yang dilakukan di sana semata-mata kerana tekanan ekonomi. Misalnya, perbelanjaan menyara hamba-hamba mereka melebihi pendapatan yang dihasilkan oleh hamba tersebut. Bahkan, ia juga didorong oleh siri-siri pemberontakan yang menuntut agar perhambaan dihapuskan. Ia tidak didorong oleh sifat peri kemanusiaan.

hamba-abdi1

Bahkan sejarah dunia memperlihatkan kepada kita betapa slogan-slogan pemansuhan perhambaan hanya retorik semata-mata kerana apabila perhambaan dihapuskan di Eropah, ia dilakukan pula ke atas masyarakat Afrika (Algeria) dan Asia setelah Perancis, Portugis, Belanda dan negara Eropah yang lain menjalankan misi penjajahan mereka. Di Amerika sendiri, rakyat kulit hitam didiskriminasi dan dipandang hina sehinggalah abad ke-20.

hamba-sex2Dalam Islam, hamba-hamba perempuan hasil tawanan perang dihalalkan untuk disetubuhi oleh tuan mereka sahaja dan jika ia berkehendakkan boleh dinikahi. Mereka dilayan dengan penuh kehormatan. Ini berlainan dengan kaedah yang dilakukan oleh tentera Amerika ketika memasuki negara-negara Asia. Mereka memperlakukan wanita-wanita tempatan seperti pelacur dengan penuh kehinaan. Bahkan, Barat meletakkan pelacuran sebagai satu keperluan dalam masyarakat.

Kuliyyah Ramadhan Al-Buti Siri 7 May 3, 2009

Posted by abulutfi in Kuliyyah Ramadan Al-Buti.
add a comment

Buku: Fiqh Al-Sirah 1

Bab: Penyertaan Rasulullah s.a.w. dalam Usaha Membina Semula Ka’bah.

kaabahSebagaimana yang kita tahu, bangunan Ka’bah telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. bersama anaknya, Nabi Ismail a.s.  Namun, dalam peredaran masa, bangunan tersebut telah mula usang, terutamanya selepas peristiwa banjir besar yang pernah melanda Mekkah.

Sebagai satu simbol kemuliaan, kaum Quraisy berusaha membaik pulih Ka’bah. Sampailah ke satu peringkat di mana kaum-kaum Arab mahu meletakkan kembali Hajarul Aswad di tempatnya di sisi Ka’bah, pertikaian berlaku untuk menentukan siapa yang selayaknya meletakkan batu berharga tersebut.

Pertikaian tersebut tidak berjaya dirungkai oleh puak-puak Arab yang bertelagah sehinggalah Rasulullah s.a.w. memberi pandangan baginda. Puak-puak Arab bersetuju dengan cadangan baginda kerana mereka mempercayai baginda sebagai seorang yang paling jujur dan amanah.

hajaratulaswad

Keupayaan baginda mendamaikan pertelagahan antara puak-puak Arab dalam isu perletakan batu Hajarul Aswad membuktikan tanda KeRasulan baginda. Peristiwa ini juga membuktikan bahawa Muhammad s.a.w. sememangnya dipandang mulia di sisi masyarakat Arab.