jump to navigation

Perempuan paling ramai masuk neraka? January 1, 2007

Posted by abulutfi in Bimbingan.
trackback


Salam,

Tertulis dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali,

Telah bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya:

“Telah aku lihat di dalam neraka pada malam mi’raj, maka aku nampak kebanyakan isinya perempuan.” Maka kataku daripada sahabatnya: “Kerana apa begitu ya Rasulullah?” Maka sabdanya: ” Sebab pun perempuan-perempuan itu banyak mereka itu mengutuk menghamun, sangat pelucah mulutnya tidak mahu sabar atas satu perkara melainkan apabila tak kena apa suatu perkara di dalam hatinya daripada perbuatan siapa-siapa juga, maka lekas ia mengutuk memaki, bukanlah ia diam atau berkata dengan perkataan baik.” Dan satu lagi: “Tidak mengatakan ada apa-apa kebaikan dan kemanfaatan suaminya, iaitu jikalau diberi oleh suami akan isterinya nafkah dan kiswah dan tempat tinggal yang sekadar upayanya, dan bermesra manis tidak sentiasa bengkeng, dan mambaikkan tadbir baginya oleh suaminya, maka semuanya itu dikatakannya tidak ada apa baik suaminya, dan tidak sekali-kali dikenangnya dan syukur ia atas sekalian perkara itu, jauh sekali dipujinya dengan kerana banyak perempuan-perempuan itu demikian banyaklah pula mereka itu masuk neraka.”

pp00951.jpg

Hadith ini menyatakankan bahawa dua sebab utama ramai wanita yang menjadi penghuni neraka adalah kerana:

1. Suka memaki dan melaknat.

2. Mengatakan bahawa tiada apa-apa kebaikan daripada suaminya kepadanya.

Para wanita tidak harus memandang hadith ini sebagai satu perkara yang bias kepada wanita, sebaliknya jika dilihat dari sudut yang lain, ia adalah satu keadilan kepada wanita. Mengapa saya berkata begitu?

Begini… Rasulullah saw telah memberi peringatan awal kepada wanita dengan menggambarkan apa yang bakal terjadi di hari pembalasan. Secara terperinci, baginda telah menyatakan sebab-sebab mengapa begitu ramai wanita dihukum masuk ke neraka. Oleh itu, umur kita yang panjang di dunia ini seharusnya para wanita mengambil peringatan dan kesempatan memelihara diri dari dua sebab yang telah disebutkan tadi. Allah bukan sengaja meletakkan wanita ke dalam neraka, melainkan mereka sendiri yang tidak mengambil endah kepada peringatan Rasulullah ini.

Para wanita telah diberi ‘clue’ awal lagi cara-cara untuk mengelakkan diri daripada terkena hukuman di hari kemudian. Maka, tiada alasan untuk mereka berdolak dalih sedangkan amaran awal telah diberikan untuk mempersiapkan diri. Umpama, seorang bapa yang memberi nasihatkepada anaknya agar tidak melakukan kemungkaran. Nasihat itu tidak diendahkan anaknya. Wajarkah si bapa menghukum anaknya setelah melanggar nasihat? Siapakah yang bersalah dalam hal ini? Adakah si bapa tidak adil apabila menghukum anaknya? Adakah si bapa boleh dikatakan seorang bapa yang baik dengan menasihatkan anaknya agar menjauhi perkara yang membawa mudharat?

Peringatan Rasulullah saw ini adalah satu titik tolak bagi kaum wanita memperhiaskan diri dengan akhlak mulia, terutamanya terhadap suami. Bahkan, sebenarnya wanita lebih mudah masuk ke syurga jika taat kepada perintah Allah, Rasul dan suami. Mereka tidak dibebankan dengan kewajipan mencari nafkah, memimpin keluarga atau berjihad di medan juang (kecuali dalam situasi tertentu).

Oleh itu para wanita wajar besyukur dengan nasihat yang diberikan Rasulullah ini. Kita hendaklah yakin bahawa Allah itu Maha Adil, tetapi manusia itu yang sering tidak berlaku adil kepada dirinya. Wallahu a’lam.

Comments»

1. wardah - February 14, 2007

bagus sgt..kalau boleh perbanyakkan lagi tazkirah berkenaan dengan wanita.assalamualaikaum.

2. girlz - February 17, 2007

setuju,,,,,
baguz bgt,,, biar pada insaf semua,,,
hehehe,,, :)

3. dija - February 24, 2007

Terima kasih kerana memberi peringatan..insaf tentang betapa kerdilnya diri ini..

4. revi - January 16, 2008

BIAR BAGAIMANAPUN KITA AKAN MERASAKAN KEMATIAN…DAN SEADIL2NYA ALLAH SESUNGGUHNYA DIA MENGETAHUI PERBUATAN UMAT NYA …….YA ALLAH HANYA PADA MU LAH HAMBA MEMOHON DAN HANYA HANYA ENGKAULAH 1 TUHAN KU..AMIN.

5. nofy - February 17, 2008

bagus banget jadi semua manusia terutama wanita nya

6. nofy - February 17, 2008

bagus bgts buat nya lebih banya kin ya !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

7. MUHAMMAD FAHMI B MUHAMMAD JAAFAR - July 6, 2009

you tank friend like you you dawn load into glow story

8. EmMa ViRgiNia NaRes W - November 17, 2009

OOOOOOOOOO.,,,,,,,
ANE BARU TAU TERNYATA PENGHUNI NERAKA ITUEEE KEBANYAKAN AWEWE NYAE,….
SUBHANALLOH,…BUKAKANLAH PINTU HIDAYAHMU UNTUKKU YA ALLOH,….

9. suzana - December 20, 2009

Assalammualaikum, Ustaz. Benarkah wanita ramai masuk ke neraka sebanyak bilangannya 99%? Benarkah Ustaz? Tolong saya…

abulutfi - January 26, 2010

Wsalam,

Itulah yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. Mungkin peratusannya bukan 99% tetapi memang kebanyakan atau majoriti. Namun Allah swt adil, iaitu ia memudahkan kaum hawa untuk masuk syurga berbanding kaum adam:
1. Jaga suami
2. Jaga mulut

Ukhti Nur Aina Syafiqah - April 26, 2011

Assalamualaikum..
perempuan sng msuk neraka, lelaki sng nk mcuk syurga.. humm.. itu pon sy musykil

10. Ukhti Nur Aina Syafiqah - April 26, 2011

Assalamualaikum.. Perkongsian yg menarik.. tp, sy bru form 1.. hehe~ sje je crik ilmu,xpe kte kongsi ilmu.. sblum itu.. sy dri SMIP,Kg Sri Aman.. sy ign bertanyakan sesuatu..Sanggul,Lengan jg mnyebabkan Perempuan msuk neraka bkn?!..

abulutfi - May 5, 2011

Waalaikum salam. Ilmu semakin berkembang apabila kita berkongsi. Diri kita sendiri akan bertambah faham dengan izin Allah. Banyak sebab mengapa manusia (ramainya golongan wanita) dimasukkan ke dalam neraka. Tetapi menurut kitab-kitab yang saya baca antara punca utama adalah kerana derhaka kepada suami dan angkara mulut (mengumpat dan sebagainya).

Sebenarnya lelaki lebih sukar masuk syurga berbanding wanita kerana beban yang ditanggungnya. Apa sahaja dosa anak dan isteri tertanggung atas suami melainkan ia berperanan memberi tunjuk ajar yang sepatutnya kepada tanggungannya. Suami juga WAJIB menyara keluarga. Isteri tidak wajib.

NUR FITRI LYIANA - May 12, 2011

kita hanya hambaNya..mudahan kita semua mndapat tempat d syurgaNya..Amin..

fara Abdul - May 27, 2011

benarkah dosa anak dan isteri tertanggung atas suami? lgpun ustaz, memberi tunjuk ajar yg sepatutnya itu banyak kaedahnya; teguran, nasihat, marah, beri pengetahuan agama dan pelbagai lagi yg boleh dilakukan. bukankah setiap insan itu bertanggungjawab terhadap dosa dan pahala mereka? saya rasa, suami itu akan berdosa jika dia langsung tidak berbuat apa2 utk mendidik anak isteri seperti jika kita membiarkan kemungkaran berlaku di depan mata.

ustaz mengatakan lelaki sukar masuk syurga berbanding wanita kerana beban tanggungjawab mereka. adakah ini menandakan mereka juga ramai yg menghuni neraka kerana gagal menjalankan tanggungjawab?

11. musafir dlm ilmu - May 14, 2011

untuk lelaki xde ke ustaz ?

12. abulutfi - May 30, 2011

Dosa anak dan isteri mmg tertanggung atas suami sebagaimana dosa anak dara yg belum berkahwin tertanggung atas ayahnya. Oleh itu, antara kewajiban suami adalah memberi ilmu agama dan tunjuk ajar kepada anak isterinya. Bilamana tanggungjawab ini dipenuhi oleh suami, maka dia terlepas dari dosa.

Suami juga ramai yg jadi penghuni neraka (bg yg ingat suami mudah masuk syurga) tetapi secara perbandingan wanita lebih byk menghuni neraka.

13. abulutfi - May 30, 2011

Insya Allah, nanti saya akan postkan tanggungjawab para suami pula daripada kitab Muhimmah.

14. Anita Yusof - April 20, 2013

Dosa isteri tertanggung oleh suami? Adakah itu bermakna isteri terlepas dari dosa2 yg dilakukannya? Tentu tidak kan?

Melalui pembacaan, banyak sungguh peraturan yang wajib dipatuhi oleh isteri. Itu tak boleh, ini tak boleh (cth izin, aurat, adab, suara, puasa sunat dll), dan klu dilihat dari mata kasar, ya Allah…susahnya menjadi isteri!! Bayangkan kalau peraturan yg sama dikenakan kepada suami (suami tidak boleh buat itu / tak boleh buat ini), rasanya suami kot yg lebih banyak menghuni neraka?

Boleh sy bertanya, mengapa bila sy google apa hukumnya suami tinggikan suara pd isteri, suami lebih utamakan orang lain dr isteri (yg menjaga makan pakainya), suami bagi nafkah ikut suka2 hati (kerana berpegang pd kata2 “bagi nafkah ikut kemampuan” sedangkan nafkah yg diberi tu tak cukup @ tak berpadanan dgn harga barang yg melambung2 mahalnya), suami beri nafkah batin ‘setahun sekali’ dan banyak lagi perkara yg lumrah dilakukan oleh suami… namun sy tak dapat info…(kalau tak percaya, cuba la google). Ada tak ada, habis kuat pun, suami dianggap zalim. Itu saja. Berbanding isteri @ wanita, kalau langgar peraturan, segala macam balasan dosa & method balasannya diberitahu (cth digantung susunya, dituang timah cair dlm otaknya dll). Membuatkan sy ragu2…bila dlm Quran mahu pun hadis, tak ada mention apa2, meaning adakah memang suami akan dihukum atas kesalahan2nya atau terlepas begitu sahaja? Kalau akan dihukum, bagaimana methodnya?

Wlu pun ramai yg cakap isteri mudah dapat pahala…memasak pun dh dpt pahala…tp dlm masa yg sama, isteri juga sangat mudah buat dosa. Time tidur, membelakangkan suami pun dah berdosa (klu suami tidur membelakangkan isteri, berdosa tak?) Kalau suami tak redho pd isteri, maka isteri berdosa dan segala amalannya tergantung hingga suaminya memaafkan dia & redho terhadap dirinya…tp kalau isteri tak redho dgn suami (bagi nafkah zahir batin tak cukup, tengking isteri sesuka hati, suami buat apa saja yg dia suka sebab dia rasa dia betul tanpa bincang dgn isteri, tak pernah nak mntk pendapat isteri, tidak menghormati perasaan isteri dll), adakah suami dianggap berdosa & amalannya tergantung? Tentu tidak, bukan? Sebab Rasulullah pun cakap, “kalau boleh aku suruh seorang manusia sujud pd manusia yg lain, nescaya aku akan suruh para isteri sujud pada suaminya”? Dgn lain perkataan, suami ibarat raja & isteri ibarat hamba…mana ada raja yg dikenakan byk peraturan? Yg byk peraturan, hamba jer…

Mintak maaf cakap…kdg2 sy rasa tak berbaloi la jadi isteri ni…tak mampu nak ikut…peraturan banyak sangat…syurga belum pasti, neraka dah melambai2…
Ya Allah, ampunkan segala dosa2ku…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: