jump to navigation

Pesan As-Syahid Dr. Abdullah Azzam November 28, 2006

Posted by abulutfi in Bimbingan.
2 comments

As-syahid pernah berpesan, “Menghentikan jihad sejenak sama ertinya dengan menghentikan gerak laju deen Allah dalam kehidupan ini.”

Kata-kata as-syahid sudah tentunya bukan datang dari teori atau falsafah yang dipelajari dari mana-mana universiti atau pondok tetapi hasil pengalaman dan pengamalan beliau di medan jihad. Beliau terkenal dengan pengorbanannya di bumi Afghanistan menentang penjajahan Russia bersama-sama pejuang Mujahideen. Walaupun beliau mempunyai PhD dan pernah menjadi pensyarah, beliau meninggalkan segala-galanya untuk menyahut seruan Allah dan syurga yang menanti. Benarlah pendapat Sa’id Hawwa, jika ada rukun Islam keenam, jihad adalah yang paling layak menduduki tempat itu. Mungkin inilah yang difahami oleh as-syahid Abdullah Azzam.

Namun, hari ini kita lihat ramai pemuda-pemudi sudah tidak menghiraukan sama ada Islam dijadikan teras hidup atau sekadar hiasan di kad pengenalan diri. Jihad ditinggalkan, dunia dikejar. Apakah yang mereka tidak faham mengenai jihad? Ke mana hilangnya semangat jihad dalam diri pemuda dan pemudi Islam?

Jihad tidak boleh dipandang dalam skop yang kecil, malah perlu difahami bahawa terdapat banyak ruang untuk berjihad pada zaman serba moden ini. Jihad dengan tulisan, jihad mendidik anak-anak, jihad membina empayar perniagaan Islam dan banyak lagi. Jihad boleh menjelma dalam pelbagai sudut kehidupan asalkan kita mahu dan tahu bagaimana.

Jihad perlukan perancangan yang rapi, kerjasama yang ampuh, persefahaman yang jitu dan istiqomah dalam setiap gerak kerja. Jika jihad hanya bertakhta di hati tetapi anggota tidak pernah mengamalkan jihad, kita masih jauh dari matlamat. Oleh itu, umat Islam, khususnya pemuda dan pemudi, wajar menanamkan cita-cita untuk berjihad agar gerakan deen ini tidak berhenti. Setiap detik berharga. Setiap nafas diambil kira…

Advertisements

Kuliyyah Muhammad Qutb Siri 3 November 26, 2006

Posted by abulutfi in Kuliyyah Muhammad Qutb.
add a comment

Bab: Islam dan Perhambaan

Antara isu yang sering dimainkan oleh orientalis Barat ialah bagaimana Islam boleh mendabik sebagai agama yang sesuai sepanjang zaman sedangkan ia masih menghalalkan penghambaan. Adakah Allah selamanya ingin membahagikan manusia kepada golongan tuan dan hamba? Seandainya tidak, mengapakah Islam tidak mengharamkan secara tegas di dalam al-Qur’an sebagaimana ia mengharamkan arak, judi dan riba?

Sememangnya seluruh ajaran Islam adalah bertujuan membebaskan manusia keseluruhannya dari perhambaan sesama manusia. Untuk memahami hakikat ini, kita perlu mengimbau sejarah penghambaan yang berlaku di Barat itu sendiri. Apabila dibandingkan antara Islam dan Barat, kekejaman penghambaan yang berlaku di Rom purba tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam. Sebagai buktinya, dalam tradisi Rom purba, hamba abdi tidak sedikitpun mempunyai hak selaku manusia. Penghambaan hasil dari penaklukan dan perluasan empayar adalah semata-mata untuk membolehkan orang Rom hidup dalam kemewahan dan kerakusan nafsu.

Pada zaman tersebut, hamba abdi terpaksa bekerja di ladang-ladang dengan kaki dibelenggu rantai yang berat. Mereka diberi makanan sekadar untuk melapik perut. Bahkan kaum hamba abdi disebat dengan ganas dan terpaksa tidur di dalam penjara-penjara gelap yang busuk dan kotor.  Kadang-kala satu bilik penjara dimuatkan sehingga 50 orang hamba. Namun, mungkin yang paling kejam adalah apabila hamba-hamba tadi dipaksa menyertai pertandingan di mana hamba-abdi disuruh membunuh sesama sendiri. Acara pertandingan yang menjadi gilaan pembesar dan rakyat ketika itu dipenuhi dengan tepuk sorak dan ketawa hilai apabila hamba-hamba yang bertanding sesama sendiri membunuh lawannya.

Tuan kepada hamba mempunyai hak mutlak ke atas hambanya sama ada untuk menyiksa, menghina atau membunuh mereka sesuka hati. Sedihny, hamba-hamba ini tidak ada hak untuk mengadu di sisi undang-undang. Senario yang hampir sama juga berlaku di Parsi, India dan neger-negeri lain.