Mikaeel Jackson Mati Syahid? July 29, 2009
Posted by abulutfi in Tinta Editor.add a comment

Pada 25 Jun 2009 dunia digemparkan dengan kematian seorang lagi lagenda muzik bertaraf superstar. Michael Jackson atau nama Islamnya Mikaeel diumumkan meninggal dunia pada jam 2.26 pagi di atas katilnya. Pada mulanya penulis menerima berita tersebut sebagaimana menerima kematian artis-artis lain. Walaupun mengetahui beliau pernah memeluk Islam secara rasmi pada 2008, namun liputan-liputan berita media massa memberi gambaran bahawa Islam beliau hanya pada nama dan kematian beliau sama tragis seperti Elvis Presley.
Persepsi penulis mula berubah apabila mendapat emel dari seorang sahabat. Dalam emel tersebut, seorang yang mengaku dari ‘The Brotherhood of Islam’ menceritakan apa yang sebenarnya terjadi di sebalik kematian Mikaeel. Menurut sumber tersebut, Mikaeel begitu tertarik dengan kehidupan abangnya, Jermaine atau Muhammad Abdul Aziz yang telah memeluk Islam sebelumnya.
Sejak mengumumkan kepada media bahawa beliau tertarik dengan ajaran Islam pada 1989, kehidupan beliau tidak seperti dahulu lagi. Pelbagai tuduhan sek luar tabii dilemparkan terhadap Mikaeel bertujuan untuk menjatuhkan populariti dan pengaruh beliau. Menurut sumber itu lagi, Mikaeel pernah menetap di England dan Bahrain untuk mendalami Islam. Beliau juga belajar dari Yusuf Islam (Cats Stevens – The Beatles).
Pada bulan November 2008, beliau telah diIslamkan secara rasmi di Los Angeles dan pada bulan berikutnya telah mengerjakan haji. Sebenarnya Mikaeel bercadang untuk mengadakan jelajah konsert terakhir beliau bermula Julai 2009. Pada kemuncak jelajah beliau di London, beliau akan menyanyikan lagu ‘Give Thanks To Allah’ bersama Yusuf Islam.
Namun, umur Mikaeel tidak panjang kerana pada pagi 25 Jun 2009 beliau telah menemui penciptanya. Laporan siasatan awal mendapati bahawa beliau telah disuntik dengan dadah. Pengkebumian Mikaeel secara Islam sebagaimana permintaan beliau juga tidak pernah disiarkan, malah majlis memperingati beliau secara ala-kristian tersebar luas dalam kaca TV.
Jika benar laporan sumber tersebut, ini bermakna Mikaeel dibunuh kerana ada pihak yang tidak mahu Mikaeel mengumumkan kepada seluruh dunia bahawa beliau adalah seorang Islam dan menyanyikan lagu ‘Gives Thanks To Allah’ di hadapan jutaan peminat beliau! Jika benar andaian ini adakah Mikaeel boleh dianggap sebagai syahid kerana niat berdakwah beliau pada konsert ’selamat tinggal’nya tanggal Julai 2009?
Setelah mendengar sendiri lagu ‘Gives Thanks To Allah’, saya mohon agar Allah tempatkan rohnya bersama roh orang beriman. Amin…

Salahkah Bersolat Dhuha di Pejabat? May 28, 2009
Posted by abulutfi in Tinta Editor.add a comment
“Salahkah bersolat dhuha di Pejabat?”, rungut seorang teman sepejabat saya. Ada yang membawa hujah tidak boleh melakukan perkara sunat seperti solat dhuha sedangkan bekerja makan gaji adalah suatu perkara wajib dan setiap saat akan dipertanggungjawabkan di akhirat. Menurut mereka ini, ibadat wajib patut diutamakan berbanding ibadat sunat. Jika diabaikan ibadat wajib ini, maka wang yan dibawa ke rumah tidak berkat. Benarkah begitu?
Memang benar ibadat wajib perlu diutamakan berbanding ibadat sunat. Namun, pernahkah terfikir bahawa dalam seharian bekerja, berapa minit dihabiskan dengan bersembang, membaca surat khabar, makan di pantri pejabat dan sebagainya? Alasan melakukan semua pekerjaan santai ini tidak lain untuk ‘take 5′ selepas penat bekerja. Tak bolehkah ‘take 5′ untuk melakukan ibadat sunat?
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang mafhumnya bermaksud solat dhuha itu lebih baik dari dunia dan isinya. Adakah memulakan tugas di pejabat dengan menggunakan 5 minit pertama bersolat dhuha dianggap tidak wajar? Keberkatan solat dhuha itu mungkin memberi impak besar terhadap prestasi kerja dan organisasi. Tidakkah hal ini diambil kira? Atau kita sudah tidak yakin kepada ‘kuasa berkat’?
Boikot Barangan Syarikat Yang Menyokong Yahudi! January 20, 2009
Posted by abulutfi in Tinta Editor.add a comment
Saya menyeru pengguna-pengguna semua memboikot barangan syarikat-syarikat yang bersekongkol dengan negara Yahudi dan Zionis laknatullah. Berikut adalah beberapa syarikat yang harus disingkirkan dari senarai barangan kita:
1.Coca-Cola
2.Johnson & johnson
3.Kotex
4.Danone
5.Intel
6.Starbuck Coffee
7.IBM
8. CNN
9.Maggi
10. Kleenex

Tahun Baru 1430 Hijrah January 3, 2009
Posted by abulutfi in Tinta Editor.1 comment so far
Salam,
1429 Hijrah telah meninggalkan kita dan tahun baru dibuka dengan serangan habis-habisan tentera Israel terhadap Gaza, Palestin. Adakah ini menandakan Islam akan terus dihina atau adakah ini satu permulaan kepada kebangkitan Islam di Timur? Anda menentukannya. Ingatlah bahawa Allah tidak akan bertanya sama ada sumbangan kita signifikan kepada perjuangan menentang musuh Islam di Palestin atau tidak, tetapi Allah akan tanya APA sumbangan kita terhadap saudara kita di sana. Jika kita tiada upaya membantu dari segi fizikal kita boleh membantu dari segi kewangan. Jika kita tiada keupayaan membantu dari segi kewangan, cukuplah sekadar doa untuk saudara kita yang sedang berjuang.

Akaun Aman Palestin Berhad: 1202010047880 (Bank Islam). Tel: 03-89267019 – Rujuk Palestinkini.info
Piawai di bulan Ramadhan September 18, 2008
Posted by abulutfi in Tinta Editor.add a comment
Bulan Ramadhan adalah bulan tarbiyyah. Satu tempoh bagi bermuhasabah atau menilai diri tentang kedudukan dan pencapaian kita sepanjang tempoh Ramadhan yang lepas sehingga ke Ramadhan kali ini. Apabila dikatakan menilai, maka tentunya perlu kepada satu piawai atau ‘standard’ bagi menentukan tahap pencapaian kita. Piawai yang dimaksudkan bukanlah dari pandangan mata kita sebagai manusia, tetapi piawai dari pandangan Allah si Pencipta. Jika piawai ditetapkan oleh manusia, maka pangkat, jumlah harta yang telah dikumpulkan atau pengaruh di dalam masyarakay akan menjadi ukuran.
Piawai yang sahih adalah kedudukan kita di sisi Allah. Sejauh mana kita telah mentaati perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya? Berapa kerapkah kita bangun malam? Adakah kita semakin hampir dengan Allah atau semakin jauh?Apakah kita semakin dekat dengan misi kita? Firman Allah dalam surah Az-Zaariyat, “Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menghambakan diri kepadaku.” Adakah kita telah menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya? Atau kita berlagak seperti tuan? Fikir-fikirkanlah.
Janji Tuhan Pasti Berlaku April 8, 2008
Posted by abulutfi in Tinta Editor.add a comment
Lagu ni memberi saya semangat untuk terus mengharap janji Tuhan…
(Lirik dan lagu dari kumpulan Shoutul AMal).
Oh alangkah indah hidup ini
Bila Islam bersinar kembali
Cahaya iman menyuluh tiap sanubari
Kebenaran mewarnai bumi
Kalam Allah memimpin manusia
Sunnah Rasul memandu langkahnya
Isi alam mendapat rahmat dan berkatnya
Kebatilan tiada tempatnya
Telah lama dinantikan
Bara Islam marak semula
Manusia kegelapan
Merindukan cahaya pembela
Pasti datang saat itu
Janji Tuhan pasti berlaku
Di dunia bahagia
Syurga Tuhan kekal selamanya
Pada Tuhan
Doa dan harapan
Daulah Islam seluruh dunia
Selamatkan kami umat di akhir zaman
Dengan iman yang terpelihara
Selamat Menyambut Syawal October 19, 2006
Posted by abulutfi in Tinta Editor.add a comment
Salam,
Di kesempatan ini, saya ing in mengucapkan selamat Hari Raya dan maaf zahir batin. Moga-moga kita meninggalkan madrasah Ramadhan dengan 1001 keinsafan.
Insya Allah, kita bertemu lagi selepas menyambut Hari Raya nanti.
Salam Ukhuwah September 28, 2006
Posted by abulutfi in Tinta Editor.4 comments
Selamat datang ke laman Kuliyyah, di mana anda dapat membaca dan mendalami tulisan-tulisan dari sarjana-sarjana Islam yang terkemuka seperti Syed Qutb, Dr. Muhammad Qutb, Said Hawwa, Dr. Ramadhan al-Buti, Dr. Abdul Karim Zaidan, Dr. Fathi Yakan dan banyak lagi.
Saya berharap kandungan blog ini boleh dijadikan rujukan kepada mereka yang cintakan Islam dan ingin mendalami apa maksud hidup dalam Islam. Jika ingin mati dalam Islam, kita kena hidup dalam Islam.
Usaha ini adalah sumbangan kecil saya kepada dakwah Islamiyyah. Moga-moga sumbangan saya ini akan dikira sebagai amal selepas saya tiada lagi di alam yang fana ini, insya Allah.


