jump to navigation

Tidak Sama Orang yang Berilmu… August 23, 2009

Posted by abulutfi in Bimbingan.
trackback

“Tidak sama orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu.” Itu adalah kata-kata yang sering diulangi oleh tok guru saya, Ustaz Badrul Munir. Kebenaran kata-kata beliau benar-benar saya terasa sempena bulan Ramadhan tahun ini.

Sepanjang kuliah dari bulan Januari hingga Ogos tahun ini, saya telah didedahkan dengan pelbagai rahsia solat, dari falsafah pergerakan dalam solat, makna hinggalah kepada hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap gerakan solat. Maka, Ramadhan saya pada tahun ini tentulah lebih bermakna berbanding tahun lalu. Alhamdulillah.

pergerakansolat

Maka, saya sarankan kepada mereka yang mahu kepada kemanisan beramal, perdalamkanlah ilmu tentang ibadah yang ingin dilakukan. Pesan Imam Al-Ghazali, “Ilmu tanpa amal gila dan amal tanpa ilmu sia-sia.”

Comments»

1. Hamba Allah Yg Mencintai Sunnah Tulen Drp Rasulullah SAW - September 10, 2009

sila double check sama ada hadis2 yg dinyatakan oleh ustaz tersebut sahih, hasan, dhaif atau palsu.

sila semak kitab yg digunakan. ini kerana terdapat sesetengah kitab menggunakan hadis2 dhaif malah hadis2 palsu dan kisah israileyyat pun ada.

beli kitab terjemahan shahih bukhari dan shahih muslim utk rujukan kita.

Cuba fahami fahami disiplin hadis dan bagaimana disiplin menyampaikannya kpd org awam.