jump to navigation

Mikaeel Jackson Mati Syahid? July 29, 2009

Posted by abulutfi in Tinta Editor.
trackback

mikaeel2

Pada 25 Jun 2009 dunia digemparkan dengan kematian seorang lagi lagenda muzik bertaraf superstar. Michael Jackson atau nama Islamnya Mikaeel diumumkan meninggal dunia pada jam 2.26 pagi di atas katilnya. Pada mulanya penulis menerima berita tersebut sebagaimana menerima kematian artis-artis lain. Walaupun mengetahui beliau pernah memeluk Islam secara rasmi pada 2008, namun liputan-liputan berita media massa memberi gambaran bahawa Islam beliau hanya pada nama dan kematian beliau sama tragis seperti Elvis Presley.

Persepsi penulis mula berubah apabila mendapat emel dari seorang sahabat. Dalam emel tersebut, seorang yang mengaku dari ‘The Brotherhood of Islam’ menceritakan apa yang sebenarnya terjadi di sebalik kematian Mikaeel. Menurut sumber tersebut, Mikaeel begitu tertarik dengan kehidupan abangnya, Jermaine atau Muhammad Abdul Aziz yang telah memeluk Islam sebelumnya.

Sejak  mengumumkan kepada media bahawa beliau tertarik dengan ajaran Islam pada 1989, kehidupan beliau tidak seperti dahulu lagi. Pelbagai tuduhan sek luar tabii dilemparkan terhadap Mikaeel bertujuan untuk menjatuhkan populariti dan pengaruh beliau. Menurut sumber itu lagi, Mikaeel pernah menetap di England dan Bahrain untuk mendalami Islam. Beliau juga belajar dari Yusuf Islam (Cats Stevens – The Beatles).

Pada bulan November 2008, beliau telah diIslamkan secara rasmi di Los Angeles dan pada bulan berikutnya telah mengerjakan haji. Sebenarnya Mikaeel bercadang untuk mengadakan jelajah konsert terakhir beliau bermula Julai 2009. Pada kemuncak jelajah beliau di London, beliau akan menyanyikan lagu ‘Give Thanks To Allah’ bersama Yusuf Islam.

Namun, umur Mikaeel tidak panjang kerana pada pagi 25 Jun 2009 beliau telah menemui penciptanya. Laporan siasatan awal mendapati bahawa beliau telah disuntik dengan dadah. Pengkebumian Mikaeel secara Islam sebagaimana permintaan beliau juga tidak pernah disiarkan, malah majlis memperingati beliau secara ala-kristian tersebar luas dalam kaca TV.

Jika benar laporan sumber tersebut, ini bermakna Mikaeel dibunuh kerana ada pihak yang tidak mahu Mikaeel mengumumkan kepada seluruh dunia bahawa beliau adalah seorang Islam dan menyanyikan lagu ‘Gives Thanks To Allah’ di hadapan jutaan peminat beliau! Jika benar andaian ini adakah Mikaeel boleh dianggap sebagai syahid kerana niat berdakwah beliau pada konsert ‘selamat tinggal’nya tanggal Julai 2009?

Setelah mendengar sendiri lagu ‘Gives Thanks To Allah’, saya mohon agar Allah tempatkan rohnya bersama roh orang beriman. Amin…

michael-jackson-islam

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a comment